Tentang Kami

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Tentang Perkim

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.

PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah.
Di peringkat bahagian pula wujud entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.

PERKIM Ampang adalah salah satu cawangan di bawah Perkim Bahagian Negeri Selangor yang berperanan aktif dalam menyantuni saudara baharu, menyebarkan dakwah Islam, dan menggerakkan aktiviti kemasyarakatan. Kami berdedikasi untuk membantu mualaf menyesuaikan diri dalam kehidupan baharu mereka, dari aspek rohani, emosi dan sosial.

Dakwah
Pendidikan
Kebajikan
Kerjasama
15+
Program Kuliah
50+
Pengislaman Muallaf
80+
Program Kebajikan
150+
Ahli Sukarelawan
Scroll to Top